MENU

NKRA MENGURANGKAN JENAYAH: PELAKSANAAN 5 LANGKAH PROGRAM BANDAR SELAMAT TAHUN 2012, BAGI PENCEGAHAN JENAYAH

" Majlis Daerah Pendang serta PDRM, menyarankan orang ramai menggunakan kemudahan tempat letak motosikal berkunci yang telah di sediakan oleh MDP bagi mengelak kecurian motosikal"

Informasi Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku

- Tempat letak kereta awam
- Komplek membeli - belah
- Di hadapan rumah, tepi jalan raya
- Tempat letak kereta di hotel- hotel

Faktor berlaku kecurian

- Tidak dikunci
- Tiada kunci tambahan
- Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada wakru malam
- Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

- Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.
- Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa di kunci
-Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu.
- Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak di tiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.
- Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
- Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

- Letak motosikal ditempat yang dikhaskan
- Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
- Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang /berlampu.
- Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri
- Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.