MENU

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibn Majah)

Maksud Hadith: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, hatinya hidup (gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah. Sebaliknya, orang-orang yang kufur ingkar hatinya akan mati (kecewa) pada hari itu kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.