MENU

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melaksanakan program Kembara Bahasa pada 20 hingga 24 November 2012 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012.
Kembara Bahasa merupakan pergerakan simbolik kenderaan berkonvoi secara serentak melalui (4) laluan iaitu Utara, Timur, Selatan dan Tengah menuju satu destinasi yang membawa peserta ke pelbagai lokasi untuk mengendalikan aktiviti bahasa dan persuratan.

Aturcara majlis pelepasan kembara bahasa 2012 peringkat laluan utara

Tarikh : 22 November 2012 (khamis)
Tempat : Perkarangan majlis daerah pendang
     
9:00 : Ketibaan tetamu jemputan dan peserta konvoi
9:30   Ucapan alu-aluan wakil pengurusan DBP
    Ucapan pelepasan tetamu kehormat
    Penyerahan watikah kepada ketua konvoi laluan
    Pembacaan ikrar sumpah setia bahasa
    Penyampaian cenderamata
    Bacaan doa
    Pelepasan konvoi
    Bersurai