MENU

Majlis Daerah Pendang pada mulanya dikenali sebagai Lembaga Bandaran Pendang yang mana dari segi pentadbirannya terletak di di bawah Lembaga Kota Setar.  Walaubagaimanapun mulai 1 Januari 1976, Lembaga Bandaran Pendang telah dipisahkan dari Lembaga Bandaran Kota Setar dan mempunyai kawasan pentadbiran serta perkhidmatan tersendiri meliputi Pekan Pendang, Pekan Bukit Jenun dan Pekan Tokai dengan keluasan 6.825 km/per.

Mulai 1 Mac 1979 Lembaga Bandaran Pendang telah dikenali sebagai Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Pendang dan berikutan dengan penubuhan tersebut Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Pendang telah mewartakan kawasan pentadbirannya meliputi keseluruhan Daerah Pendang dengan keluasan 629.29 km/per.

Mulai tahun 1987, dengan persetujuan Kerajaan Negeri bagi tujuan penyeragaman nama Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Pendang.